Advertisement

Monday 8 November 2010

exam mode..

Posted by Emeia Zieqr on 19:21 0 comments


kene study.. xley nk ngular dah....

baca buku.... wuwuw T_T
Continue...


Thursday 28 October 2010

Driver Canon ip1900 untuk RPM linux

Posted by Emeia Zieqr on 21:30 0 comments

Canon IP1900.rpm

driver printer untuk LInux fedora/red hat. RPM base
Continue...


Linux Memang Pun Banyak Kurangnya.

Posted by Emeia Zieqr on 00:01 1 comments

source: jo,linux.com

Sesiapa kipas susah mati Linux atau baru terjun hendak masuk ke dunia OS sumber terbuka ini. Ada baiknya baca isi artikel yang hendak diceritakan ni. Jika anda tidak boleh menerima kekurangan Linux ini, lebih baik kekal OS yang sedia ada sekarang dan jangan tukar!

Semenjak mengenali Linux dari dulu hingga sekarang. Saya perhatikan banyak kekurang Linux berbanding OS lain terutama jendela yang menjadi buat mulut ramai selepas keluar versi 7. Bayangkan versi 9.10 dari distro Ubuntu Linux ni masih banyak kurangnya dari versi Jendela 7 walhal sepatutuna Ubuntu lah banyak kelebihan kalau ikut dari nombor versi. huh!

Berikut saya senaraikan ketiadaan ciri atau kurangnya Linux secara ringkas….Harap boleh baca hingga habis dan berikan komen.

Tiada butang Start.

Terkejut teman bila guna Ubuntu Linux, tengok-tengok dekat skrin takde butang Start. Jadi macamana nak mula kerja kalu butang Start takde? Lepas picit butang Windows kat papan kekunci tu – ala yang sebelah Alt tu. Pun tak keluar gak Start Menu. Pendek kata, anda tak boleh buat kerja kat Linux.

Tiada CD-Key.

Korang bayangkanlah, berapa banyak saya dah pasang kat PC. Langsung tak minta CD-Key…saya rasa Linux yang saya pakai ni mesti dah kena crack punya!

Tiada Activation.

Ohhh….tidak! Silap-silap hari bulan tak pasal-pasal skrin jadi hitam pasal tak activate lagi. Penah gak cari kat pak cik Google camne nak activate Ubuntu Linux. Tak jumpa gak caranya, ada sapa-sapa yang tahu boleh tinggalkan komen kat sini.

Tiada Internet Explorer.

Duniaku kiamat bila tak dapat guna Internet Explorer. Tanpa IE…tak dapatlah saya nak mengekplore internet.

Tiada Registry.

Apa guna saya dowload Registry Cleaner? Kat Linux takde Registry pun takde.

Tiada Defragmenting.

Ini kes berat ni…kalau korang nak guna Linux dalam waktu panjang….saya nasihat tak usahlah…tak de pun program nak defragmenting nie…berserabut le fail dalam hard disk tu karang.

Tiada Anti Virus.

Linux memang bahaya! Korang pasang le Linux kat PC tu, dia takde pun mintak suruh pasang anti virus, takde pun pop up kata sekuriti anda tahap lemah, dah tu sampai sekarang saya tak pakai anti virus langsung…tak tahu lah berapa lama lagi boleh tahan OS ni.

Tiada Skrin Bebiru.

Katakan komputer anda rosak atau crash macamana korang nak tahu apa masalah yang timbul kalau tiada Blue Screen Of Death? Macamana? Cuba bagitahu! Bila guna Linux tak ada langsung keluar skrin biru-biru ini, lagilah teman risau.

tux-291x356-migrando

Bagi mereka yang tak boleh terima kekurangan Linux macam saya sebutkan di atas. Tak usahlah berhijrah ke Linux,ok!

Continue...


Wednesday 27 October 2010

Anti-Virus Hanya Dadah.

Posted by Emeia Zieqr on 23:41 0 comments

source: jomlinux.com

Sejak komputer mencakupi pengguna akhir dengan meluas, sejak itu perisian anti-virus mula menjadi salah satu perisian wajib ketika menggunakan PC. Ada sebab kena kami katakan ia hanya dadah.


Merawat Simptom. Itu Dadah.


Dalam dunia perubatan terdapat dua cara bagi merawat penyakit. Untuk jangka panjang dan pendek. Apabila anda merawat dalam jangka pendek selalunya ia hanya merawat simptom sahaja, bukan punca penyakit.

Serupalah anda memakan Paracetamol atau disebut Panadol di Malaysia untuk melegakan sakit kepala. Tapi tahukah anda, yang Paracetamol hanya membunuh rasa sakit bukannya merawat penyakit.

Inilah yang dikatakan dadah atau dalam ayat yang kami selalu sebut hanya menutup kurap. Kurap tak hilang, plaster tak tahan lama.


Rasa Sakit Itu Juga Nikmat.


Ada sebab Tuhan menciptakan rasa sakit. Apabila sesuatu yang tidak kena dengan badan, makan badan memberitahu anda melalui rasa sakit supaya anda boleh bertindak.

Apabila anda tak mahu rasa sakit, telan Panadol – rasa sakit pun hilang. Tapi, anda mungkin tidak tahu yang sakit tu mungkin berpunca dari kanser atau lain-lain. Oleh sebab, dah makan Panadol, anda lupa untuk memeriksa dan menyembuh punca penyakit. Bila dah lama, anda check-check rupanya kanser dah tahap kritikal.

Ini sebenarnya amat berbahaya!


Anti-Virus Teknologi Masa Silam.


Apabila virus dan malware mula menyerang OS, maka wujud perisian anti-virus, tugas utama dia tidak lain dan tidak bukan untuk membunuh malware yang jahat. Tapi kenapa virus semakin banyak dan tiada tanda pengurangan?

Ini kerana ia ditugaskan membunuh simptom – bukan merawat punca berlakunya sesuatu serangan itu seperti kerentanan OS, kecacatan perisian dan lain-lain.

Menangani virus dan malware dengan anti-virus sebenarnya telah terbelakang dan lampau atau kolot.


Imunisasi Bagi Masa Depan.

Oleh itu, kami mula memahami dan menggarap konsep imuninasi sebagai pengganti teknologi anti-virus. Kami tidak pasti sama ada orang pernah menggunakan istilah ini atau tidak. Seperti kebiasaan, kami akan menggunakan istilah kami sendiri.

Imunisasi lain konsep dengan dadah. Imunisasi badan manusia akan bertindak apabila ada patogen yang menyerang masuk – membunuh patogen dan menghasilkan anti bodi supaya apabila serangan yang sama berlaku. Badan akan menjadi imun.

Sedangkan dadah tidak begitu.


Imunisasi Dan Sumber Terbuka.

Apabila sistem OS seperti Linux yang berkonsepkan sumber terbuka menjadi bebas untuk diselidiki setiap orang. Maka, komuniti yang berkerja di bawah panji Linux ibarat sistem imunisasi badan yang amat luas yang mencari kelompongan atau kerentanan sistem kemudian diubati dengan kemaskini atau patch supaya serangan tidak merebak dan menjadi pendam.

Begitu juga dengan Linux yang bebas ditukar menjadi pelbagai jenis distro yang mempunyai kepelbagaian sekuriti. Sama seperti manusia, yang mana apabila ada wabak meletus tidak semua yang mati sebab ada sesetengah manusia mempunyai daya tahan yang lebih.


Linux Imunisasi.


Oleh sebab itu, selamat kami katakan, Linux menepati apa yang kami fikirkan sebagai pelopor teknologi imunisasi serta tahap kemandirian yang lebih baik.

Anda boleh berasa selamat apabila menggunakan Linux!


p/s: aku penguna tegar NOD ESET kot haha kt window aku, lesen tamat bulan 4 2011, (laptop aku dual OS)

Continue...


5 Perkara Mesti Tahu Bagi Pengguna Baru.

Posted by Emeia Zieqr on 23:16 0 comments

from jomlinux.com

Sering kali kami dihujani dengan pertanyaan dari pengguna baru yang sering kecundang atas beberapa perkara dalam menggunakan Linux. Ada beberapa perkara yang sama dalam pertanyaan-pertanyaan ini dan kami senaraikan di sini apa yang perlu anda tahu sebelum anda bertukar ke Linux.


Jangan Keliru Konsep.

Dengan erti kata mudah, Linux bukan Windows dan Windows bukan Linux — tapi ianya mempunyai tujuan yang sama iaitu menjalankan komputer anda yang besar gedabak itu supaya boleh menjalankan perisian sekecil kalkulator untuk anda mengira 1 + 1 = 2.

Apabila anda bertukar kepada Linux ingatlah anda seperti bertukar dari memandu kereta kepada memandu kapal terbang. Ia kenderaan yang berbeza tapi tugasnya sama. Oleh itu, janganlah anda mencari Registry di Linux sedangkan ia tiada dan jangan pula anda mencari sudo apt-get install di Windows sebab itu pun tiada. Macamlah anda mencari stereng kereta yang bulat ketika membawa kapal terbang, ia memang tiada.

Konsep OS Linux dan Windows berbeza jadi buka minda, lapangkan hati tenangkan diri dan sediakan jasad anda untuk belajar sesuatu yang baru dan hebat ketika menggunakan sistem operasi sumber terbuka ini.


OS Bebas.


Selalunya, pengguna baru menyalah anggap Linux adalah OS tertutup seperti Windows yang meminta anda membayar lesen bagi setiap komputer yang menggunakannya. Konsepnya berbeza sekali, Microsoft menganggap OSnya adalah hak miliknya dan ia memberikan anda caj sewaan untuk menggunakannya — Linux pula sebaliknya.

Ia bebas untuk diolah, digubah dan digunakan oleh sesiapa sahaja — gunakannya tanpa was-was. Kerja yang anda buat darinya berkat, rezeki darinya pun halal berbanding anda membayar RM 10 untuk cetak rompak untuk membuat kerja dengan alasan kami pelajar kalau tak guna cetak rompak memang tak boleh buat kerja.

Matlamat tak menghalalkan anda mencuri hak orang — anda bukan darurat sehingga tiada alternatif. Gunakan OpenOffice kalau tak mampu guna Microsoft Office. Tapi cuba teka, orang masih nakkan juga� benda cetak rompak. Kadang-kadang orang ini jugalah yang berkongsi lagu-lagu secara tidak sah dengan kawan-kawan atas alasan tak mampu nak beli album original. Nanti tak dengar lagu, tak boleh buat kerja pula, katanya. Huh?!


Linux Hanyalah Kernel.


Mungkin kelebihan Windows bagi pengguna biasa adalah sifat similariti antara mukanya yang memudahkan ia diadaptasi secara global. Sedangkan Linux ada pelbagai jenis perasa atau distro. Ini sering mendatangkan kekeliruan bagi pengguna baru, kerana tutorial Ubuntu mungkin tak boleh dipakai dalam OpenSUSE.

Untuk menyenangkan pemahaman, anggaplah Linux sebagai enjin OS macam enjin kereta Mitsubishi. Dari enjin yang sama inilah boleh dihasilkan kereta Mitsubishi Lancer dan boleh juga dijadikan Proton Wira. Begitu juga Linux atau lebih tepat kernel Linux. Anda boleh ubah kernel Linux menjadi satu sistem operasi lengkap mengikut budaya dan citarasa anda.

Untuk mengatasi kepelbagaian ini maka sebab itu kami memperkenalkan dan menekankan tutorial Ubuntu berbanding penggunaan distro lain. Dan kenapa orang ramai memanggil Linux OS sedangkan ia hanyalah kernel — tidak lain dan tidak bukan sebab ia memakai enjin yang sama.

Bebas Bukan Bererti Percuma.

Oleh kerana terma dalam bahasa Inggeris perkataan Free itu membawa dua maksud iaitu percuma dan bebas. Ia sering menjadi satu alat untuk orang menghentam kami bila kami menjual CD Ubuntu. Ada yang berkata, mana boleh jual Linux ni. Bukan dia prohibited untuk dijual ke? — Hmmm…mula-mula kata tak boleh jual lepas tu tanya pula boleh jual ke tak.

Suka cita kami merujuk pada ayat dalam lesen yang Linux gunakan iaitu GPL yang tertulis dengan jelas lagi nyata:

When we speak of free software, we are referring to freedom, not price. Our General Public Licenses are designed to make sure that you have the freedom to distribute copies of free software (and charge for them if you wish), that you receive source code or can get it if you want it, that you can change the software or use pieces of it in new free programs, and that you know you can do these things.

Dalam bahasa Melayu mudahnya anda bolehlah menganggap Linux seperti air sungai yang diberikan Tuhan untuk manusia minum secara percuma tak ada apa-apa caj. Tapi kenapa anda masih perlu bayar bil air bila tiap kali anda meneguk air di paip?

Jawapannya, mudah. Ia bukan caj untuk air tapi caj perkhidmatan yang diberikan. Jika anda inginkan air percuma — itu hak anda, anda boleh ambilnya sendiri dari sungai. Tapi jika anda tidak mampu, mungkin uzur atau sakit dan memerlukan seseorang membawanya kepada anda. Anda perlu upah orang.

Begitu juga kami, itu hak anda jika hendak muat turunya dari internet dan memasangnya sendiri tapi tidak semua ada internet yang laju dan tidak semua sanggup bertanya pada pak cik Yahoo! atau Google bila ada masalah. Di sinilah perkhidmatan kami membantu mereka yang memerlukan ini.

Tak Boleh Jalan.

Ini juga salah satu konsep yang sering disalah fahami pengguna baru apabila mereka kecewa perisian Windows yang boleh diklik seperti Setup.exe atau Install.exe tak boleh jalan dalam Linux — secara lalai.

Seperti yang disentuh dalam topik di atas, Linux mempunyai sistem yang berbeza dengan Windows melainkan anda memasang satu aplikasi yang dipanggil WINE barulah perisian yang .exe ini dapat dijalankan.

WINE bertindak seperti menterjemah perisian Windows supaya boleh difahami dan diadaptasi Linux.

Kami harap penerangan ringkas ini dapat memberikan anda idea awal tentang migrasi dari Windows kepada Linux dan harap anda berjaya dalam migrasi ini. Berusahalah!

Continue...


Sunday 17 October 2010

6 Linux Distros That Changed Everything

Posted by Emeia Zieqr on 13:25 0 comments

copy from linuxtoday.com

6 Linux Distros That Changed Everything

Linux is all around us. From phones to firewalls, from Macs to PCs, it’s getting hard to find electronics that don’t run Linux. Over the years, there have been many distributions (normally called distros) of Linux. Some are full-featured, others are very small, some are general purpose, and others are designed for specific tasks. Love it or hate it, Linux is here to stay.

Below is a list of 6 distros that were milestones for Linux adoption. Enjoy.

1. Debian (1993-present): Back in 1993, only hardcore IT geeks knew what Linux was or where to find it. Released alongside distros like Slackware and SuSE, Debian introduced a new concept… a universal OS that YOU customize. The user would install the Debian core OS and then have access to thousands of repositories containing software installation files. Debian is still available today, in fact… there are many other popular distributions which are based on it.

debian 6 Linux Distros That Changed Everything

2. Red Hat (1995-2004): Nowadays, the term Red Hat refers to one of two distributions, Fedora or RHEL.Years ago however, the distribution was simply called Red Hat. This was the first distro to have massive adoption on both the enterprise and hobbyist fronts. Marking a major milestone, Red Hat has become almost as iconic as Linux itself. Even Windows System Administrators have heard of it… and most of them have probably used it. Red Hat is everywhere!

redhat 6 Linux Distros That Changed Everything

3. Yellow Dog (1999-present): As Red Hat gained popularity, more and more people started to notice Linux. There were several distros available, but almost all were written for X86 architecture, leaving Mac users out in the cold. Along came Yellow Dog (YDL), and PowerPC users could finally get a taste of the Linux experience. Ironically… just a few years later, Apple released Free-BSD based Mac OS X, and YDL became scarce. Still, it was an important milestone.

ydl1 6 Linux Distros That Changed Everything

4. SmoothWall GPL (2000-2002): From its inception, Linux was praised for its security features. It wasn’t long until people started using Linux as a firewall/router. SmoothWall GPL was not the only Linux-based firewall distro, but it was certainly one of the most popular. It introduced many people to the idea of using a Linux server as a network appliance, another important milestone. SmoothWall GPL was sunsetted in 2002, but its successor, SmoothWall Express, is still distributed worldwide.

smoothwall 6 Linux Distros That Changed Everything

5. Ubuntu (2004-present): During the late 90’s and early 2000’s, Linux became widely adopted by server administrators and uber geeks. Linux was seen as a capable server OS, but had much slower adoption as a desktop operating system. Distros like Linux Mandrake (now called Mandriva) were marketed as “Linux for everyday people”, but it was Ubuntu that really brought user-friendly Linux to the desktop. Ubuntu proved Linux was a viable option to Windows.

ubuntu 6 Linux Distros That Changed Everything

6. Android (2008-present): In 2005, Google purchased a start-up called Android. The firm was busy creating a mobile OS based on Linux to battle the ever-popular Symbian OS used on most phones. At the time, nobody had heard of Android or knew what it was capable of. Today, Android has become the most popular mobile OS in circulation. It is offered on phones by every major carrier, and has even had limited netbook adoption. It has become the Linux distro of the mobile age.

android 6 Linux Distros That Changed Everything

Continue...


think outside pensil case...

Posted by Emeia Zieqr on 13:02 0 comments




using wine to run app windows on fedora..

1. login as a root at terminal, su
2. enter the password.
3. type:- yum install wine.
4 wait until the installation is done.

>> after that can install windows apps or games, for that i already playing dota on fedora.. really like playing in windows..
>> in fedora also i install keil and proteus, where that's company developer declare the hve not support the apps on linux.. but we can using anothers alternatives such wine..

for more information just go to www.winehq.org for other documentation
Continue...


Tuesday 21 September 2010

Adobe reader installing

Posted by Emeia Zieqr on 09:01 0 comments


click for large image

Continue...